"Minta Maaf Jika Ada Yang Tak Suka Saya Buka Tudung"
Gara-gara memuat naik gambar memakai rambut palsu biarpun sudah bertudung, Zarina Zainuddin dikecam hebat oleh peminat yang berang dengan tindakannya mempermainkan isu agama. Jelasnya, biarpun sudah membuat keputusan untuk berhijrah, beliau masih perlu membuka tudung bagi sesetengah watak kerana pendapatan utamanya kini adalah berlakon.
BACA: Menangis Ketika Sujud, Zarina Zainuddin Kini Berhijab
“Sebelum ini, saya pernah jelaskan, walaupun sudah berhijab, mungkin saya membuka tudung bagi sesetengah drama. Memang salah cara itu dan kalau nak diikutkan, berlakon juga tetap berdosa biarpun bertudung labuh. Maafkan diri ini seandainya ada pihak yang tidak senang melihat saya di kaca televisyen tanpa tudung bagi sesetengah drama”
“Suami saya pun tidak menggalakkan cara saya ini. Dia juga berpesan, kalau boleh jangan buka tudung. Tindakan ini salah saya sendiri. Seperti yang saya katakan sebelum ini, pendapatan utama saya adalah berlakon. Pada masa sama, perlahan-lahan saya belajar memperbaiki diri. Berhijrah tidak bermakna saya sudah 100 peratus sempurna,” katanya kepada Berita Harian Online.
Sementara itu, Zarina tidak menafikan bahawa dirinya merasa terkilan dengan kritikan melampau yang diterimanya namun beliau akan mencuba lagi untuk menjadi muslim yang lebih baik lagi. Berikutan itu, gambar yang dimuat naiknya juga telah dipadam atas permintaan suaminya yang tidak ingin Zarina terus dihentam dengan kata-kata kesat dari peminat.
Tetapi kalau diingat balik, memang Zarina ada memberitahu, untuk sesetengah drama beliau terpaksa membuka hijabnya bagi menjiwai watak terbabit. Apapun doakan yang terbaik saja buatnya. Penhijrahan juga memerlukan masa supaya hati lebih ikhlas, barulah kekal! (rtk/w)
begituu
iyaa
Biar bertudung janji Vogue..jangan rupa makcik2 auntie2 kampung cam keluar gi noreh getah..biar dressing bermakeup uptodate.
entahh
drama nok oiiiii ni bukalah tudung miss Photostat oiiii
pulut kuning rending ayam…..
zarina seorg ibu yg cekal, banyak berkorban utk keluarga. Setiap manusia pun ada silap salah nya walau sebaik mana pun. Yg penting hati nak kebal dan kuat iman. Beri lah dia ruang utk menjadi insan yg lebih baik. Moga rezeki berpihak kpd nya atas daya usaha berlakon.
sya sokong kata2 zary
yer la tuuuu… makcik
Mna yg baik ak sokong jaaa
Sebenarnya kita ada kuasa utk memilih. Pilih laa watak2 yg x perlu buka tudung. Tp yg sebenarnya kesalahan paling besar adalah pada pengarah drama dan penerbit! Mrk sepatutnya menghormati artis2 yg dah berhijrah dan cuba memperbaiki diri! Ni x mrk pulak yg letak syarat kalau awak nk berlakon dlm adegan2 tertentu awak kna buka tudung pkai rambut palsu! Mmg xde otak org2 mcm ni!
pndai plak ayat sopan. Dkt komen zarema bukan main ayatnya lagi
Hah??? Zarema mana pulak???? Kalau ada org guna nama yg sama mana aku tau?
Aurat wanita dan aurat seorang isteri bukan berasas Iklas…
ALLAH telah tetapkan sebagai wajib.
saya lagi suka artis melayu kat malaysia ni tak pakai tudung . sebap ape macam -macam gaya awak boleh buat semasa berlakon .barulah sesuai dengan lakonanny dan lagi satu saya tak kisah langsung pun pasal benda ni lagipun awak pakai tudung ke tak bukan tudung ke itu bukan masalah orang lain. antara diorang minat atau tidak itu tiada masalah pun banyak pekerjaan lain nak buat betul tak selain daripada belakon
Iman manusia bukannya terletak pada pakaian ,yg penting hati kita yg memantap kan iman kita ,,kalau berpakaian labuh tapi hati kita penuh dengan hasad, dengki takbur dan riak terhaskislah amalan yg kita buat tiap hari ibarat curah air di daun keladi..