fbpx

Menangis Ketika Sujud, Zarina Zainuddin Kini Berhijab

Mendapat petunjuk ketika sedang menunaikan solat Subuh, Zarina Zainuddin menjelaskan kepada BH Online bahawa dia kini dalam proses penghijrahan dan sangat selesa apa yang dilaluinya ketika ini.

BACA: Jarang Tayang Suami, Zarina Zainuddin Jaga Hati Madu

“Entahlah, tiba-tiba apabila melihat anak-anak, terasa sayu di hati. Selama ini, ketika saya menunaikan solat, sukar untuk saya melakukannya dengan khusyuk. Bagaimanapun pada Subuh Jumaat itu (30 September), sewaktu solat, hati terasa sayu dan tiba-tiba pula saya menangis ketika sujud”

Menurut Zarina, pada saat tersebut, dia merasa bagai ada suaru yang menyerunya untuk berubah ke arah kebaikan. Malah dia turut berdoa kemudiannya mengapa dia tidak mendapat hidayah dari-Nya. Kini, apa yang dimahukannya adalah penghijrahannya ini akan terus berkekalan.

“Sejujurnya, saya selesa dengan perubahan ini. Selama ini, pengikut laman sosial juga sering mendoakan saya. Mereka banyak memberi sokongan. Cuma saya tidak berani untuk bercerita lebih-lebih. Diharap saya dapat mengharungi kehidupan ini dan saya berdoa, sekiranya gagal, saya berharap Allah dapat membantu saya ke jalan yang lebih baik,” jelasnya. (rtky/s)