fbpx

“Berhijrah Memang Senang, Tapi Bukan Mudah Nak Istiqamah”

Baru saja pulang dari mengerjakan ibadah Umrah, Nelydia Senrose akui ramai yang mahu melihat perubahan dirinya. Bagaimanapun, Nelydia memohon agar peminat mendoakan yang baik-baik untuk dirinya dan diberikan masa untuk berubah secara perlahan-lahan.

BACA: Kilafairy Nafi Tweet Ditujukan Pada Nelydia Senrose

“Saya akui ramai peminat yang menantikan perubahan saya, lebih-lebih lagi selepas pulang dari Umrah. Namun begitu, saya memohon agar tidak diberikan tekanan untuk saya berubah.

“Biarlah perubahan itu datang sendiri secara perlahan-lahan tanpa tergesa-gesa. Semua orang mahu berubah dan saya juga tidak terkecuali.

“Berhijrah itu memang senang, tetapi untuk terus kekal istiqamah itu agak sukar. Berikan saya masa dan saya memohon peminat mendoakan yang terbaik untuk saya,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Nelydia memberitahu jika diberikan peluang dia mahu ke Tanah Suci setiap tahun dan jika diberikan rezeki dia mahu mengerjakan ibadah Haji pula.