Pempengaruh media sosial, Space Dollah meminta orang ramai berhenti menyuruhnya mengenakan alat solek atau menjalani rawatan untuk menutupi kulitnya yang mengalami vitiligo.

Menerusi perkongsian di Threads, Space Dollah berkata dia kurang selesa apabila ada yang memintanya melakukan sedemikian.

BACA: Spacedollah Dedah Syed Saddiq Berlatih Lafaz Nikah 99 Kali

“Sudahlah tu, berhenti suruh aku pakai makeup, cari treatment, semata-mata nak suruh cover muka aku. Annoying gila,” katanya.

Sementara itu, Space Dollah berkata kulitnya adalah ‘seni’ yang dikurniakan Allah dan mengapa dia perlu menutupinya.

“Allah dah jadikan muka aku ini ‘seni’. Jadi kenapa aku nak tutup? Korang patut cemburu sebenarnya,” tulisnya.

×