fbpx

“Berhenti Jadi Pelakon Hanya Jenaka April Fools”

Seperti diduga, kenyataan Maya Karin untuk berhenti dari industri seni tanah air hanyalah jenaka bersempena dengan April Fools pada 1 April lalu. Baru mahu berangan dapat internet percuma seluruh Malaysia.

BACA: Berhenti Jadi Artis, Maya Karin Umum Sertai Politik

Menerusi laporan BH Online, Maya menjelaskan dirinya masih aktif dalam bidang lakonan dan juga pengacaraan dan dalam masa yang sama tidak mahu ada salah sangka terhadap kenyatannya itu.

“Kenyataan yang dibuat di akaun Twitter semalam itu hanya jenaka bersempena kehadiran April Fools. Saya masih berlakon dan aktif dalam bidang seni malah akan terus berkecimpung di arena ini selagi ada tawaran”

“Saya sengaja membangkitkan isu politik kerana ia sedang hangat diperdebatkan. Tidak sangka ada pula yang memandang serius jenaka yang dibuat oleh saya semalam”

“Begitupun, saya tidak takut dikenakan tindakan atau sama ada gurauan saya itu memberi impak kepada kerjaya seni. Apa yang ingin saya tegaskan saya tidak terbabit dengan mana-mana parti politik,” katanya. (rtky/s)