Berhenti Belajar, Janna Nick Akui Terpaksa Pentingkan Duit
Ramai tidak tahu bahawa pelakon dan pengacara Janna Nick pernah menyambung pengajian di sebuah uiversiti namun terpaksa berhenti berhenti di tengah jalan.
Mendedahkan perkara itu di Insta Story, Janna akui dia terpaksa mementingkan wang ringgit memandangkan dia bukan berasal daripada keluarga senang.
BACA: “Hatinya Bersih, Tak Pernah Ada Orang Cintakan Saya Kecuali Janna”
Bagaimanapun, pelakon berusia 26 tahun itu berkata meskipun terpaksa berhenti belajar untuk mengejar impian, namun dia masih menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran suatu hari nanti.
“Perkara yang orang lain tak tahu adalah saya bukan datang dari keluarga yang senang. Saya memang dah belajar separuh jalan tetapi ‘drop’ sebab saya pentingkan duit.
“Bagi saya, duit adalah segalanya. Jadi saya kena selesaikan banyak benda dari segi kewangan, ‘my goals’ dan impian saya.
“Sambung belajar adalah satu impian saya juga. Dan saya rasa tak pernah lewat untuk seseorang itu sambung belajar. Nanti saya rileks, saya buat,” katanya
Dalam pada itu, Janna juga berkata kekasihnya, jejaka kacukan Melayu-Switzerland, Dini Schatzmann turut menggelar dirinya sebagai seorang mata duitan.
Sebelum ini, salah seorang peminat bertanya soalan tentang pengajiannya kerana Janna seorang pelajar cemerlang sewaktu di sekolah.
- SUMBER
- Astro Gempak
Kalau dah miskin sngt pegi jumpa Ust Ebit Lew laa. Fattah Amin pun sambung belajar gk. Dan dia belajar sambil berlakon, jd pengacara produk, model, penyanyi, meniaga restoran. Benda ni yg penting cara kita bg masa. Nak atau x jek, nnt dah kwin ko sibuk jaga anak.
Sian ko Makin kontot nak jadi muka Mak ko dah huduh nak mampos adik ko pun Sama juga acah cun
Hmmm standard alasan bdk2 yg malas belajar n nk kejar kemewahan n populariti..klau org miskin dia nk betul2 nk sambung belajar sbb dia tau tu cara terbaik dia boleh ubah masa depan keluarga dia dr miskin ke lebih senang, dia akan belajar jugak..sorry to say, di mana ada kemahuan di situ ada jalan..di mana ada kemalasan di situ byk alasan..x kira la minta zakat ke,kerja part time ke, pinjam ptptn ke atau since pelajar cemerlang layak utk dpt biasiswa..ni x smbung nmpk je peluang nk glamer n dot duit cpt terus tinggal studies..org bila dh biasa pgg duit byk jd kelabu mata susah sgt nk smbung belajar dah..
Tu la nasib melayu…
Further your studies ok. SPM dgarnya 6A kot. Mmg excellent ni..Alhmdulillah…study utk berani.org xtipu..confident.itu ja advise kak..all the best Jannah..
jangan lupa baiki diri dengan belajar ilmu2 agama juga ya dik janna… semoga bermanfaat untuk kehidupan di akhirat nanti..
Please i want