fbpx

Sebenarnya hubungan pasangan selebriti remaja paling popular ini masih kabur pada pandangan para peminat — adakah mereka masih bersama atau hubungan cinta sudah tamat?

Terbaru, ada sumber menyebut yang Justin Bieber menghubungi Selena Gomez melalui telefon hampir 100 kali setiap hari untuk memujuk supaya meneruskan hubungan cinta mereka.

Pasangan ini di’khabarkan terbang ke Mexico untuk menyambut tahun baru namun pada 30 Disember lalu, mereka terlibat dengan pergaduhan besar & ‘putus cinta’ untuk kesekian kalinya.

Selena Gomez di’khabarkan terbang meninggalkan Mexico pada hari yang sama manakala Justin Bieber ke Los Angeles sehari selepas itu & mereka tidak saling berjumpa sehingga hari ini.

“Justine (Bieber) kini dalam keadaan yang sangat teruk — dia menelefon Selena (Gomez) hampir 100 kali sehari namun semuanya tidak berjawab,” jelas sumber kepada media di Hollywood.