Bertuah badan jika benar seperti apa yang dilaporkan Harian Metro hari ini. Selepas kini bergerak sendiri tanpa pengurus peribadinya, Marina Juki kerana konflik dalaman, Zizan Razak khabarnya bakal diuruskan oleh pihak Astro.

Ada khabar mengatakan yang Astro berminat untuk mengikat Zizan Razak di bawah pengurusan mereka selama setahun dengan kontrak bernilai RM2 juta.

BACA: Zizan Razak Umum Bakal Kahwin Emma Maembong Awal Tahun 2015?

“Apa yang saya boleh cakap, nak kata dilamar itu tidak ada lagi tetapi memang saya ada dengar dengar juga. Saya masih lagi menunggu dan tak dengar apa-apa daripada pihak Astro sendiri. Saya masih tunggu,” jelas Zizan Razak.

Kalau benar nilai yang dikhabarkan itu, memang sesuai dengan status Zizan Razak yang memang diminati ramai ketika ini selain kerap menjadi jurucakap dan duta untuk jenama besar besar. Tahniah didahulukan ya Zizan! (rtky/m)