fbpx

Bergelar Usahawan Kosmetik, Fazura Nafi Jual Produk ‘Timbang Kilo’

Baru sahaja melancarkan produk penjagaan kulit miliknya sendiri, Nur Fazura tidak takut seandainya timbul persepsi negatif mengatakan dia hanya menjenamakan semula atau mendapatkan dari pembekal yang menjual secara ‘timbang kilo’.

Menurutnya, dia enggan peduli jika timbul dakwaan sedemikian kerana pembekal yang menjual secara ‘timbang kilo’. Malah, dia juga melakukan kajian terlebih dahulu untuk menghasilkan produk berkenaan.

BACA: Fazura Tersentuh Fattah Amin Sabar Layan Kerenahnya Sepanjang Hamil

“Saya tak takut dengan persepsi itu kerana saya memang terlibat dalam proses penghasilan produk ini sejak awal lagi. Kalau nak cakap tentang persepsi, orang boleh cakap macam-macam, terpulanglah, saya tak mahu ambil pusing tentang percakapan orang.

“Saya pun hasilkan produk yang sesuai untuk pelanggan, bukan syok sendiri, saya sendiri lakukan kajian untuk hasilkan produk ini,” katanya.

Dalam pada itu, produk kosmetik miliknya yang diberi nama Fazura Skincare itu tidak menggunakan bahan yang mendatangkan mudarat kepada kulit pengguna, malah pihaknya turut mempunyai ahli kimia sendiri.

“Kami ada ahli kimia sendiri, malah bahan yang digunakan juga tidak mendatangkan mudarat kepada kulit.

“Sebagai contoh, dalam pencuci muka Fazura Skincare, ia tidak mengandungi Sulfate dan ternyata selamat untuk digunakan,” katanya lagi.