fbpx

Bergelar Haji, Adi Putra Masih Terima Adegan Panas

Tidak mahu terikat dan membataskan watak yang dilakonkannya biarpun sudah menunaikan ibadah haji tahun lalu, Adi Putra mengakui dia tidak akan menolak untuk melakonkan babak adegan panas.

BACA: Isteri Adi Putra Akui Mereka Masih Bersama Dan Minta Jangan Keruhkan Keadaan

“Saya tidak membataskan watak selepas mengerjakan haji dan umrah termasuk watak panas kerana itu adalah tuntutan kerja yang perlu dilaksanakan.

“Bagi saya walaupun melakukan babak panas tetapi ia dilakukan di hadapan beberapa kru. Apa yang saya lakukan itu atas dasar pekerjaan dan pekerjaan itu merupakan satu ibadah,” ujarnya seperti yang dipetik dari mStar Online.

Adi berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pemilihan watak-wataknya terbatas atau bersyarat selepas menunaikan ibadah haji September tahun lalu.

Bagaimanapun Adi Putra mempunyai alasannya tersendiri mengenai definisi perkataan adegan panas dan menerangkan bahawa kebanyakan adegan panas yang dilakukan biasanya adalah menggunakan helah kamera sahaja.

“Nama sahaja babak panas tetapi ketika melakonkannya ialah di hadapan ramai dan ada yang tidak bersentuhan pun. Banyak babak panas terutama di ranjang hanya guna teknik kemera sahaja,” kata Adi Putra yang turut mempunyai perniagaan agensi umrah. (rtky/syfq)