fbpx

Tidak hairanlah jika sekarang nova 5T jadi kegilaan ramai. Dengan pakejnya yang luar biasa dan reka bentuk yang bergaya siapa tak nak kan! Lagi-lagi teknologinya yang awesome memang gempak habislah.

Kali itu, anda tidak akan ada sejuta alasan lagi untuk anda miliki telefon pintar yang canggih ni. Hanya dengan RM1599 sahaja sudah boleh buat anda memukau setiap hari! Kalau tak percaya jom tengok apa keunikan telefon pintar HUAWEI nova 5T ini.

1. Siapa Kata Telefon Yang Canggih Harga Mesti Melambung-lambung?

Nak miliki telefon pintar yang terknologinya luar biasa tak perlu pun buang duit banyak-banyak semata-mata untuk dapat gambar yang gempak dan inginkan teknologi lain dari lain. Tak perlu pun semua itu!

Sedangkan nova 5T ini pun dah cukup buat anda bergaya sepanjang hari. Dengan menggunakan World’s First 7nm Mobile AI Chipset Kirin 980 confirm akan buat gambar dan segala teknologi pemerosesan dalam telefon pintar ini jadi lebih luar biasa.

Dual NPU dengan dua chipset AI pula mampu berikan anda pengalaman AI sebenar. Lagi-lagi kuasa AI ini adalah siri pertama dalam telefon pintar Huawei okey! Rugi kalau anda tak beli.

2. Kamera Gred Pro Jadikan Anda Jurugambar Profesional Segera!

Lepas ini anda dah tak perlu nak rasa sakit hati ke benci ke bila tengok gambar member-member anda lebih letops di Instagram. Nak tahu kenapa? Sebab anda pun boleh jadi macam member anda tu.

Nak jadi bak Instafamous yang sentiasa gambar letops-letops tu tak salah pilih Nova 5T sebagai barangan kesayangan anda. Dengan kamera 5AI dan kamera 48MP AI di bahagian belakang yang turut mempunyai pelbagai mode antaranya ultra-wide angle, AIS super night serta lensa makro 2MP akan jadikan gambar anda luar biasa.

Nah kami belanja anda gambar-gambar yag diambil menggunakan HUAWEI nova 5T. Confirm gempak habis.

a. Kamera Utama 48MP

Kamera utama nova 5T yang mempunyai sensor ½ inci dengan kamera utama sebesar 48MP akan berjaya menangkap kesemua gambar mengikut citarasa anda.

b. Ultra Wide Angle 16MP

Mode Ultra Wide Angle

Bagi anda yang gemar mengambil secara berkumpulan, mahupun yang gemar mengambil gambar pemandangan, mode ultra wide angle ini sangat sesuai untuk ada mengabadikan kenangan anda bersama rakan-rakan. Tiada lagi istilah gambar half half bila ambil gambar ramai-ramai.

c. Kamera Macro 2MP

Untuk gambar close up, anda wajib guna kamera Marco 2MP ini kerana semua objek akan jelas disebabkan kamera Marco mampu mengambil gambar sehingga 4cm.

d. Kamera Depth 2MP

Yang gemar OOTD nah ni kamera yang sesuai untuk anda ambil gambar OOTD anda, anda boleh menyerlahkan lagi subjek/objek gambar anda sekaligus membolehkan anda mengambil gambar potret yang awesome.

e. Kamera Selfie

Kamera selfie pun tidak kurang hebatnya apabila dilengkapi dengan 32MP yang dipertingkatkan lagi dengan kuasa AI beautification algorithm, super AI HDR yang akan memberi gambaran yang cantik kepada gambar pemandangan anda.

Ambil gambar waktu malam pun on point

Menggunakan AIS Super Night mode untuk selfie pada waktu malam

3. Gaya Dress Up Anda Akan Lebih Meletos Dengan HUAWEI nova 5T!

Ciri-ciri yang menakjubkan dan reka bentuk futuristik HUAWEI nova 5T pasti akan melampaui jangkaan anda! Nak tahu kenapa? Nah kami belanja anda bukti-bukti gambar OOTD berserta dengan pilihan warna yang lebih gempak dengan Nova 5T.

Warna Crush Blue

Warna Midsummer Purple

Warna Black

4. Tak Tahu Mana Nak Pilih Samaada Terus Bermain Game Atau Jawab Panggilan Boss? Arghhh


Time main game jugalah boss nak call, boyfriend talk problem lah macam tiada waktu lain bukan? Pasti ramai yang pernah mengalami situasi ini.

Tak mengapa lepas ini anda boleh jawab panggilan penting itu semasa bermain game. Ini semua gara-gara kuasa GPU Turbo 3.0 yang membuatkan permainan lebih lancar, lebih cepat di samping penjimatan kuasa bateri meskipun anda bermain game sambil menjawab panggilan masuk! Tak perlu mengeluh panjang-panjang lagi bila call masuk waktu main game!

5. Kuasa Bateri Yang Dinanti-Nantikan

HUAWEI nova 5T dikuasakan oleh bateri 3750mAH dan dilengkapi dengan teknologi SuperCharge 22.5W membolehkan bateri dicas 50% dalam masa 30 minit sahaja. Cepat bukan?

Lepas ini tak perlu nak bawa power bank ke sana sini semata-mata takut bateri habis!

6. Pre Order Dah Mula? Kena Tempah Sekarang Juga!

Masa pre order inilah anda harus rebut sungguh-sungguh, sebab banyak hadiah yang anda akan dapat. Hanya dengan RM1599 anda boleh grab Huawei nova 5T dan hadiah eksklusif seperti HUAWEI Mini Speakers bernilai RM198, HUAWEI SuperCharge Car Charger bernilai RM127 bersama dengan satu tahun waranti.

Tetapi hadiah ini hanya boleh jadi milik anda apabila anda membuat tempahan online sahaja! Nak dapat hadiah banyak jom buat tempahan online di laman ini sekarang sebelum tarikh tutup 5 September ini.

Bukan nova 5T sahaja yang anda boleh beli, HUAWEI MediaPad M5 Lite 10 pun anda boleh dapatkan dengan harga RM1,299 mulai 7 September ini. Kali itu, barulah lengkap koleksi gedjet anda!

7.Trade in Telefon Pintar Anda Dan Rebut nova 5T

Nak bertukar dari phone lama ke telefon HUAWEI nova 5T pun boleh. Hanya dengan menerusi program Level-Up yang bakal bermula 7 September hingga 30 September di kesemua cawangan HUAWEI seluruh Malaysia. Nak tahu lebih lanjut jangan lupa layari program Level-Up dan laman rasmi Huawei https://consumer.huawei.com/my/phones/nova-5t/.