fbpx

“Bergambar Di Kubur Bukan Nak Menunjuk”

Menurut Jasmin Hamid, tindakan dirinya yang seringkali bergambar dan memuatnaik ke laman sosial ketika melawat kubur ibunya, bukanlah berniat untuk menunjuk namun adalah peringatan untuk dirinya sendiri.

BACA: Jasmin Hamid Terkilan Kubur Ibu Diceroboh

8- Bergambar Depan Kubur Bukan Nak Menunjuk - ROTIKAYA

“Saya selalu muat naik gambar menziarahi kubur ibu saya adalah untuk diri saya sendiri dan tidak sedetik pun terniat ingin menunjuk-nunjuk”

“Saya sedar ada yang kurang senang, saya tahu doa seorang anak itu, dia tidak perlu datang ke kubur, tapi bagi saya ia adalah pandangan masing-masing dan apabila saya ke sana saya lebih dekat dengan kematian,” jelasnya kepada mStar Online.

Bagi Jasmin, dia sering berkunjung ke kubur ibunya adalah kerana ingin memastikan bahawa keadaan pusara tersebut terjaga. Namun baru-baru ini, dia terkejut kerana botol yang ditanamnya untuk meletakkan bunga telah dicabut.

Sehubungan dengan itu, Jasmin berharap jika ada individu yang tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukannya itu agar dapat berjumpa terus dengannya dan berterus terang dengan situasi tersebut. (rtky/s)