Penyanyi Nourul Depp atau Nurul Wahab menegaskan dia tiada perancangan untuk kembali berduet dengan bekas suaminya, Ajai.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Nourul meluahkan rasa berang dengan laporan berita kononnya dia sedia untuk berduet dengan bekas suaminya itu.
BACA: Tiada Lagi Keserasian, Ajai Akui Agak Mustahil Berduet Dengan Nourul
View this post on Instagram
Nourul juga turut meminta supaya pihak media tidak membuat cerita yang tidak keluar daripada mulutnya sendiri.
“Saya marah dan bengang. Ya saya seorang yang profesional. Tetapi untuk kembali menyanyi bersama tiada dalam perancangan saya. Tolong la. Jangan buat cerita yang tidak keluar daripada mulut saya,” tulisnya.
Sementara itu, Nourul berkata dia dan Ajai sudah lama tidak bercakap mahupun bersemuka serta mengatakan dia manusia yang tidak mahu berjumpa.
“Kami tidak bercakap dan saya pun tak mahu bercakap atau bersemuka dengannya. Tak mahu, tak mahu, tak mahu. Anda tidak tahu apa yang kami lalui. Manusia yang saya tak mahu jumpa dah,” tulisnya.
Nourul dan Ajai pernah berkahwin pada tahun 1996 namun bercerai 10 tahun kemudian. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ayu Nazirah kini berusia 26 tahun.
SUMBER: HibGlam