fbpx

“Berdarah Kacukan Tapi Tak Reti Cakap English?”

Baru-baru ini, pelakon Emma Maembong memuat naik video bagi mempromosikan produk kecantikan jenama ibunya di akaun Instagram.

Apa yang menjadi perhatian dalam video tersebut ialah Emma bertutur dalam bahasa Inggeris dan rata-rata peminat terkejut dengan slang yang dituturkan oleh Emma. Ada yang memuji dan ada juga yang mengecam.

Emma juga turut menerima mesej dari netizen yang mengecam pertuturan bahasa Inggeris Emma yang teruk dan banyak kesalahan tatabahasa. Netizen itu juga memerli Emma kerana tidak pandai berbahasa Inggeris walaupun berdarah kacukan.

Berikutan itu, Emma membalas komen tersebut menerusi Insta Stories dan mengakui bahawa dirinya tidak fasih berbahasa Inggeris dan masih belajar.

Emma juga meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak yang cuba mematahkan semangatnya untuk terus belajar. Katanya lagi, jika hendak memberi teguran, berilah teguran dengan cara yang elok.