fbpx

Jika anda mengikuti Instagram Awal Ashaari dan Scha Alyahya, pasti ramai tahu pasangan itu kini sedang menghabiskan masa cuti di London bersama dua anak mereka, Lara Alana dan Lila Amina.

Baru-baru ini, perkongsian Awal menjadi perhatian apabila berkongsikan mengenai pengalamannya menjaga dua anak ketika bercuti di luar negara tanpa pembantu.

BACA: Ramai Cemburu Awal Ashaari, Scha Alyahya Jumpa Lee Min Ho

Menurut Awal, bercuti tanpa pembantu sememangnya banyak mengajarnya erti kesabaran serta dapat meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

“Being away without Nanny banyak mengajar Awal tentang kesabaran dan mendekatkan saya dengan anak anak. baru tau peel anak anak kita, macam mana nak jaga mood diorang, nak pastikan semua terjaga dan yang penting sekali, beri keutamaan pada mereka,” tulisnya.

Dalam pada itu, Awal menjelaskan dia bukannya merungut tetapi meluahkan rasa syukur kerana dapat lebih rapat dengan anak-anak.

“Kalau ikutkan banyak tempat nak explore, banyak restoran nak cuba banyak kawan kawan nak jumpa dan nak keluar malam, tapi tak boleh buat pada trip kali ini.

“Pukul 5 petang je semua dah letih dan ngantuk nak balik rumah rehat. Saya bukan mengeluh tetapi dapat rasaakan lebih rapat dengan mereka,” katanya.

Perkongsian Awal itu mendapat pelbagai reaksi darpada netizen yang faham dengan situasi pelakon itu serta mengatakan bukan mudah untuk bercuti bersama anak-anak yang masih kecil namun ianya memeori indah untuk dikenang.