fbpx

“Bercerai Itu Okay, Berpisah Itu Okay…”

Sejak kebelakangan ini semakin banyak kes perceraian dilaporkan, bukan sahaja melibatkan orang biasa bahkan golongan selebriti. Terdahulu, Wardina Safiyyah pernah meluahkan pendapatnya berkenaan isu perceraian PU Abu dan Ain Afini.

Baru-baru ini, Wardina terpanggil untuk memberi nasihat mengenai isu perceraian yang dihadapi oleh pasangan melalui fasa tersebut.

BACA: “Ustaz & Orang Beragama Gatal Sangat Menjijikkan”

Menurutnya, tidak mengapa jika bercerai atau berpisah tetapi ianya tidak okay jika masih terus bersama jika anda tidak dihargai.

Katanya lagi, perceraian dalam rumah tangga bukanlah satu pengakhiran dalam hidup dan perkongsiannya itu adalah untuk memberi semangat buat mereka yang sedang melalui episod percerian.

Perkongsian Wardina itu mendapat komen positif netizen yang bersetuju dengan kata-kata nasihat oleh pelakon itu.