fbpx

Berbelas Jam Di Bilik Bersalin, Ain Edruce Selamat Bersalin Anak Sulung

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pengacara Ain Edruce yang selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam. Berita gembira itu diumumkan oleh Ain menerusi Insta Story miliknya.

Menerusi video dikongsikan itu, Ain memaklumkan selepas berbelas jam di bilik bersalin akhirnya dia bersalin. Belum lagi mendedahkan jantina anaknya, Ain mengajak peminat untuk meneka terlebih dahulu.

BACA: Ain Edruce Sempat Bertiktok Tunggu Baby Keluar

Dalam pada itu, rata-rata rakannya turut mengucapkan tahniah kepada pelakon itu di atas kelahiran anak pertamanya serta tidak sabar untuk melihat bayi berkenaan.

Terdahulu, Ain mendirikan rumah tangga jejaka pilihan hati yang juga ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019.