fbpx

Ain Edruce Sempat Bertiktok Tunggu Baby Keluar

Buat ibu yang bakal menimang cahaya mata sulung, pasti akan rasa cemas dan berdebar apabila masuk ke bilik bersalin. Namun lain pula bagi pelakon Ain Edruce yang sempat lagi bertiktok di hospital.

Menerusi video dikongsikan di aplikasi TikTok, Ain sempat lagi bergurau bayinya masih belum keluar dan rasa penat menahan perit sepanjang tempoh tersebut.

BACA: Ain Edruce Belikan Suami Piano RM20,000, Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan

Perkongsian Ain itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan aksi pelakon itu yang sempat lagi bertiktok ketika menahan sakit bersalin.

Malah, ramai yang hairan Ain dilihat tenang meskipun sudah berada di bilik bersalin. Tidak kurang juga ramai mendoakan agar proses bersalin dipermudahkan.

Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019. Ain mengumumkan kehamilannya pada 29 November 2020.