“Berbaloi Ke Curang?” – Soalan Pak Nil Buat Shuk Sahar Terkelu
Sejak awal tahun ini, kemelut rumah tangga pelawak Shuk Sahar hangat diperkatakan apabila isterinya, Rossa Sera mendedahkan wujudnya orang ketiga.
Malah, Shuk juga telah pun menjual rumahnya bernilai RM1.2 juta untuk memulakan kehidupan berikutan kurang mendapat tawaran susulan kontroversinya itu.
BACA: Jual Rumah RM1.2 Juta, Shuk Sahar Pindah Ke Pulau Pinang
Baru-baru ini, tular video di aplikasi TikTok dikongsikan oleh netizen apabila pelawak itu dijemput dalam program Hard To Heart yang dihoskan oleh pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi.
@imranimlap #hardtoheart #fyp Shuk Sahar pt1
Dalam temu bual itu, Shuk mengakui sudah tidah tinggal sebumbung dengan isterinya, bagaimanapun Rossa belum lagi ke mahkamah untuk proses selanjutnya.
Shuk berkata bukan dia tidak cuba mempertahankan rumah tangganya, namun mengakui kerana kecurangan yang dilakukannya sejak empat tahun lalu membuatkan isterinya mungkin tidak tahan dan meninggalkan rumah.
@imranimlap #hardtoheart #fyp Shuk Sahar pt2
Ditanya oleh Pak Nil adakah dia rasa berbaloi curang berkali-kali sehingga isterinya terluka, Shuk mengakui ianya tidak berbaloi kerana dia kini hilang keluarga dan merasakan hidupnya kosong.
Diakhir program tersebut, Shuk mengakui apa yang terjadi adalah salahnya dan hidupnya kini kosong tanpa isteri dan anak-anak.
@imranimlap #hardtoheart #fyp Shuk Sahar pt3
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang ralat dengan Shuk serta memahami perasaan kecewa Pak Nil terhadap pelawak itu.
Bagaimanapun, netizen tetap mendoakan agar Shuk berubah ke arah lebih baik serta mengambil iktibar di atas apa yang berlaku.
Dalam pada itu, ada yang menitipkan pesanan kepada Shuk untuk menyemak kembali hubungan Allah serta dipermudahkan urusan jika mahu kembali kepada keluarganya.
kenapa cerita izreen tidak masuk rotikaya ya.
dia merayu2 dalam tv tapi yak tau apa cerita terus tukar chanel ha ha ha boikot tetap berjalan.
shuk masuk pula.
Curang ni tengok pada situasi juga. Contohnya, Kalau bini asyik control hidup suami, buat itu ini pun salah, tak masak langsung semua harap bibik, tak layan suami, Anak pun suami jaga A-Z, bini asyik tinggi suara, asyik semua nak belah keluarga bini ja tapi belah keluarga suami buat sombong tak guna jugak. Kita ni hidup paling2 pun masak la tok laki sekali seminggu walaupun hang ada bibik.
Lagi2 yang sejenis semua keluarga bawah 1 bumbung. kakak abang adik dah kahwin beranak pinak pun duduk sekali ngan mak bapak. Walaupun rumah pak mertua besar, suami tetap rasa tak selesa. Mana nak selesa? kalau suami balik, bini dok sembang dengan family mcm takdak laki? Dengan keluarga belah suami pun bini dok sombong pula. Not my level katanya. Ha sudahnya mendapat madu. Hat ni memang sungguh layak dapat madu. Kalau scandal lebih pandai jaga hati suami, awat hang cemburu? Baik kahwin bagi hampa madu je kan? Wakakakkaka keluarga lelaki pula lagi suka bini kedua sebab pandai hormat mereka. Adududuii, memang hat pertama meroyan tak sudah hahhaha.
@AbamRoi.. totally agree with ur statement. Jgn fikir sblah pihak je.. tgk jugak yg pihak si isteri tu ke idok nye mlayan hal2 rumahtangga.. semua benda kena fikir bila dah brsuami ni.. Selalu nye cmtu lah untuk masa sekarang ni, lelaki akan dpandang jahat.. Padahal ada je kes2 curang ni pd si isteri juga.. tepuk dada Tanya selera.
allahu.. salah satu cara nak betulkan diri ialah mengaku kesilapan. 2nd step is lose contact dgn wanita tu la syuk. cancel terus. tak payah pandang blakang lagi. pilihlah anak isteri yg sedia ada, yg masih belom kasi kata putus lagi mungkin sbb sudut hatinya masih ada rasa syg kan keluarga dan tak nak cerai berai. terus pujuk isteri. jgn contact lagi wanita lain. dan terus doa. moga Allah mudahkan urusanmu syukri. aamiin. baik pak nil ni. dari dulu.
Komen semua victim blaming.
Matlamat tidak menghalalkan cara.
Dosa tetap dosa. Curang tu dosa.
Kau curang sbb bini buat terok, merompak, rasuah, bunuh org sebab kesempitan hidup..tetap salah.
Ada jalan yg betul guna yang betul..
Betul! Dah nama pun curang. Curang tetap curang. Kalau betul tak tahan dengan perangai pasangan masing masing terus terang, berpisah cara baik. Settle. Curang, madu bukan jalan penyelesaian.
Laki curang ada 2 jenis:
1) jenis tak tinggal bini / taknak madukan/ takkan ceraikan
2) jenis lupa terus anak bini sampai cerai berai
No. 1 selamat dan tak tahap terok pun. Penyondol yg bodoh kan diri. No.2 sila pupus
Kau ingat semua penyondol tu bodoh ke? Dia dah dapat apa yang dia nak dari suami orang dahtu Dia blah ah. Kau ingat dia nak kahwin dengan suami orang lepastu layan anak-anak tiri? hahahha. Lebih baik dia kahwin dengan bujang. Dah tentu hidup lebih bahagia tak ada siapa kacau. Suami orang tu setakat lombong emas yang dia gali kejap je. Time weekdays, suami orang yang belanja lunch dekat office. Pergi balik office pun suami orang yang hantarkan. Tak ke jimat duit si penyondol? Lunch dan minyak kereta sekarang mahal tu hahahha. Esok lusa dapat hadiah macam2 lagi. Kan untung tu! Time weekend keluar dengan BF sendiri pulak. bahagiaa hidup katekooo. i dont think penyondol nak kahwin dengan suami orang melainkan singgah sementara dan jimatkan duit hahahha. Dah jimat duit, duit dah banyak, terus kahwin dengan BF sendiri. Paling ngam!
@Jejemah, betul sangat tu.. yang bodohnya adalah para suami dan para isteri. Sebab para suami habiskan duit pada penyondol. Para isteri yang acah konon terpaling bahagia pulak masih tersakiti sebab suami curang. Alih2 si penyondol juga yang untung dapat segala2nya. Dekat office orang lanje, time weekend BF sendiri pulak lanje. Siap dapat bujang baru. Time penyondol kahwin, penyondol boleh hati2 dengan suami sendiri. Yela.. dulu kan penyondol pernah berkawan dengan suami orang.. sekarang ni mesti lah penyondol boleh kesan kalau suami nak main kayu tiga. Means penyondol kira untung la semua duit dapat, suami bujang dapat, pengajaran pun dia dapat. Kalau dulu dia dah tahu taktik para suami curang bagaimana. Now bila dah ada suami sendiri, dia dah boleh tahu dan jaga2. Tak gittttewwwwww untungnya.. bahagia rasa hahahhahahahhaa
berbual world. bukan main lagi. kehidupan ni sentiasa berpusing. esok lusa suami si penyondol pon main kayu tiga kayu empat jugak. konon bole detect la sgt. confident berbual. tupai tu x selalu kat atas ye x. jgn bangga sgt nak menyondol. lagi teruk kalau dpt penyakit, muai la sgt dpt free lunch and transport yg tak sebrapa
weh abamroi. macam kenal je hang ni. hahahaha macam belah cousin pakcik aku. habis semua anak perempuan dia bawak suami memasing duduk sekali. confirm suami tak selesa tapi apakan daya, bini masing2 alpha hahahaha
next…pngl syamsul yusof pak nil..hahahaha…tnya dia best tak curang??
shukkk bertaubat la yeee……jgn ingat sesuka hati ko boleh buat mcm tu
tak asal suara cm “konon” sedih.. dia cm poyo je
one thing, orang lelaki ni dia akn buat ko tinggalkan dia, so ko jadi bad guy la dlm cerita dia, apa yg dia buat sampai ko blah tu.. TAK PULAK dia cerita/mengaku.. kdg bini/gf dh bgtau dah bg 2nd chance, oh takkkkkkk.. dia ulang2 sampai ahhhhh baik aku angkat kaki camni.. red alert
selagi sera tu xde orang len sunting dia, amik hati anak2 dia, selagi tu la aku tak heran klu dia terima balik syuk. selagi ada anak2 kecik, nak2 perempuan plak tu, dia membesar dgn bapaknya, mmg kat mulut dia, ingatan dia, akan ingat la bapak dia, kadang2 akan minta nk jumpa bapaknye. mmg lama2 blh cairla si sera dgn permintaan anak2. mmg nmpk bodoh. hati mungkin dah tawar, tapi sebab anak, ada perempuan terima balik je suami nye walau dah curang berkali2. melainkan sera memang tekadkan kuatkan hati, xmo balik syuk. kita merancang, tuhan je menentukan.
sibuk salah sipenyondol si jantan yg melayan ni xde plak dikatakan kalau jantan x gigih layan x jadi juga..
Shuk curang masa byk jobs. Tapi laki hengkau dan anak jantan bbnu BENAK hengkau , badan kurus keding tak cukup zat, MISKIN HODOH pon perasan.
Dasar JANTAN TAK LAKU. Memekak sajorrr dgn motor murahan. LAPAR PERHATIAN, MISKIN, HODOH! HINA.
Sejenis TIN KOSONG. Takda apa tapi kepoh. Pergi MATI HANAT BUSUK!