Kalau dilihatkan kepada setiap komen yang hadir di laman Facebook kami atau mana mana akaun media sosial, pastinya soal bertudung dan menutup aurat menjadi antara intipati utama peminat dunia hiburan. Bagus niat mereka yang mahu melihat selebriti kesayangan berubah.

Namun ada komen yang diberikan agak kasar bunyinya dan mereka yang sudah bertudung pun tidak terkecuali menerima teguran apabila pakaian yang dikenakan tidak mengikut kehendak Islam sendiri. Yang terbaru, Uqasha Senrose yang ditegur peminat kerana berpakaian ketat.


BACA: Soal Cinta, Uqasha Senrose Tidak Mahu Orang Dirinya Gatal

Peminat yang meninggalkan komen berkaitan penampilan Uqasha Senrose rata ratanya kurang bersetuju dengan gaya pemakaian pelakon tersebut yang dianggap terlalu ketat untuk seorang Muslimah lebih lebih lagi dengan imej bertudung beliau.

Namun mungkin kerana sudah bosan dengan komen mengkritik gaya pemakaian beliau, Uqasha Senrose tampil memberikan reaksi membidas mereka semua.

“Sibuknya, jaga kain masing masing sudahlah. Tak kacau hidup korang. Akal cetek,” tulis beliau dalam ruangan komen sebagai reaksi kepada para pengkritik.


Berbaju Ketat, Uqasha Senrose Bidas Teguran Peminat - OHBULAN

Mungkin Uqasha Senrose sendiri boleh mengambil teguran yang diberikan jika kena pada gayanya, peminat pun janganlah terlalu cepat menghukum seseorang hanya dek kerana tidak bersetuju gaya pemakaian seseorang selebriti itu. Penghijrahan itu panjang perjalanannya. (rtky/m)