fbpx

Berat Badan Cepat Naik Turun, Janna Nick Minta Bagi Masa Seminggu 

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Janna Nick menjadi bualan apabila hangat diperkatakan mengenai dakwaan putus cinta bersama kekasihnya, Dini Schatzmann.

Bagaimanapun, baru-baru ini Janna ada memuat naik video dimana ada netizen mengutuk bentuk badannya yang dikatakan berisi dan mendakwa disebabkan itu teman lelakinya lagi.

BACA: “Saya Takkan Paksa Orang Untuk Stay, Let Him Go” – Janna Nick

Menerusi kapsyen, Janna tenang menjawab komen tersebut dimana dia menjadikan kata-kata negatif itu sebagai pembakar semangat untuk mencapai tubuh badan yang ideal.

Menurut Janna, berat badannya cepat naik dan cepat turun serta meminta diberi masa seminggu untuk menurunkan berat badan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

“Kita sejenis kembang kecut. Nak kecut sekejap nak kembang pun sekejap. Tapi takpa… orang prihatin. So kita exercise la eh. Gemuk boleh kurus..tak ada masalah. Bagi saya minggu okay,” katanya.

Sementara itu, menerusi perkongsian itu Janna turut memuat naik videonya sedang melakukan senaman.

Perkongsian Janna it mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang memberikan kata-kata semangat serta meminta pelakon itu mengabaikan komen negatif.