fbpx

Berang Lakonan Dikritik, Azrel Ismail Hina Orang Asli

Tidak pernah terpalit dengan kontroversi negatif, namun baru-baru ini nama pelakon Azrel Ismail menjadi bualan netizen gara-gara komennya di Twitter yang dikatakan menghina orang asli, sekaligus mencetuskan kemarahan orang ramai.

Isu tersebut timbul apabila seorang netizen mengkritik bakat lakonan pelakon itu dengan mengatakan tiada gunanya memiliki badan sado dan memiliki pakej lengkap, tetapi tidak mampu menghayati emosi dan watak yang dibawa.

Tweet tersebut dibalas oleh Azrel dengan ucapan terima kasih pada awalnya, namun kemudian Azrel mempersoal apa kaitan bakat lakonan dengan penampilannya. Azrel juga mengatakan mungkin taraf pendidikan netizen itu sama dengan Orang Asli.

Seperti sudah dijangka, komen tersebut viral dan ramai yang meluahkan rasa marah dengan pelakon itu. Rata-rata netizen memerli Azrel dengan mengatakan pencapaian Orang Asli lebih baik dari pelakon itu yang hanya berlakon suam-suam kuku. Tidak kurang juga ada yang mengatakan Azrel juga antara selebriti yang tidak boleh menerima teguran.

Bagaimanapun, selepas dikecam teruk oleh netizen, Azrel membuat permohonan maaf menerusi Twitternya dan menjelaskan bukan niatnya untuk menghina Orang Asli tetapi netizen tersebut bukan mahu mengkritik lakonannya tetapi perkara lain yang tiada kaitan.

Namun ianya tidak terhenti setakat itu saja, permohonan maaf Azrel juga turut dikritik kerana dikatakan terdapat kesalahan dari segi tatabahasa. Ada yang memerli dengan mengatakan pelakon itu perlu tingkatkan lagi tahap pengetahuannya sebelum menghina orang lain.

Apa pun, diharap isu ini akan menjadi pengajaran buat Azrel dan juga selebriti lain untuk lebih berhati-hati dalam setiap perkara yang dilakukan, lebih-lebih lagi melibatkan isu bangsa dan perkauman.