fbpx

Berang Julia Sentuh Nama Anak, Lufya Warning Dedah Video Bekas Suami

Perkongsian pelakon Lufya Omar menjadi perhatian apabila meluahkan rasa kesal dengan tindakan isteri bekas suaminya iaitu Julia Farhana yang didakwa menggunakan nama anaknya untuk meraih publisiti.

Kesal dengan perkara itu, Lufya meminta Julia dan bekas suaminya, Dr Che Hafiz berhenti berlakon seperti mangsa keadaan dan tidak menyentuh nama anaknya.

BACA: “Hafiz Suami Yang Hebat, Luluh Hati Isteri Bila Suami Kena Fitnah”

“Tak habis-habis play victim, drama salam, drama nak tolong nafkah anak. Sesuai karakter suami isteri, sejoli memang tak akan habis.

“Tak boleh diam mulut itu suka publisiti guna nama Haura. Tak ada kebaikan pun selepas drama salam dekat mahkamah tempoh hari untuk Haura? Saya juga kena struggle cari duit untuk semua. Berapa sen ‘arwah’ kasi? Diamlah, jumpa di mahkamah 26 Julai ini,” tulisnya.

Difahamkan, perkongsian Lufya itu susulan status dimuat naik Julia yang seidh apabila suaminya diuji dengan tuduhan fitnah.

Julia turut menyifatkan suaminya seorang yang hebat serta mededahkan masih menyimpan baju anak perempuannya di dalam almari.

Dalam pada itu, Lufya turut meminta Julia agar membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam malah tidak teragak-agak untuk mendedahkan video bekas suaminya itu.

“Jangan sentuh nama Laana Haura! Jangan sampai saya keluarkan video sejarah hitam suamimu. Fitnah kepala otak kau!

“Saya bukan malaikat nak sabar saja dengan perangai kamu berdua. Awak dan keluarga kedua-dua belah pihak yang malu nanti. Baik awak diam dan minta maaf,” tulisnya.