fbpx

Benjy Meninggal Dunia Di Medan

Pelakon Benjy Ibrahim yang juga anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia, pagi tadi.

Berita pemergian Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim itu dimakluman oleh bapanya, Khairil Anwar Zainal Muktar Rashidi.

“Ben meninggal dunia di sebuah hospital di Medan akibat serangan asma, hari ini,” katanya dalam mesej yang dikirimkan menerusi aplikasi WhatsApp.

Menurutnya lagi, urusan pengebumian Benjy akan dilakukan di Medan.

Pada 2017, Benjy dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu. Terdahulu, keadaan Benjy sudah terganggu akibat penyakit asma kritikal dan batuk tanpa henti.