Baru sahaja bersuara mengenai kerjaya lakonannya yang semakin merundum tempoh hari di laman Twitter, Izara Aishah tampil lagi menyatakan kekesalannya dengan sesetengah pendapat bahawa dirinya tidak perlu penat untuk berkerja kerana sudah mengahwini lelaki kaya.

BACA: Izara Aishah: Produksi Tak Ambil Saya Berlakon Sebab Tidak Aktif Di Media Sosial


Juga menerusi laman Twitter, Izara meluahkan rasa bengang dengan sesetengah individu yang berfikiran kolot mengenai wanita yang berkahwin dengan lelaki kaya tidak lagi perlu bekerja. Tidak pasti pula mengapa Izara tiba-tiba sahaja berang, mungkinkah ada yang menjolok sarang tebuan?

Bagaimanapun ‘tweet’ luahan perasaan Izara nampaknya turut mendapat sokongan peminat, yang rata-rata bersetuju bahawa wanita juga perlu ada punca pendapatan sendiri, biarpun berkahwin dengan lelaki kaya. Ramai juga menyelar sesetengah orang masih berfikiran kolot seperti itu.


Untuk makluman, Izara baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid yang juga anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza. Tidak dinafikan Adib memang berlatarbelakangkan keluarga yang berada selain mempunyai bidang perniagaan sendiri.
(rtky/w)