Hantaran seorang individu menjadi perhatian apabila mendakwa pelakon Abby Abadi tidak boleh melihat bekas suami hidup tenang bahagia.

Menerusi hantaran itu juga, individu tersebut mendakwa Abby seolah mahu melihat bekas suaminya hidup susah.

BACA: “Saya Yang Tinggal Zul Sebab Tak Serasi Bersama” – Abby Abadi

“Si Abby Abadi ni sama je dengan Janda2 lain xboleh tgok bekas suami hidup tenang bhagia dan kaya seboleh bolehnya nk tengok bekas suami hidup susah merana tapi dia lupa kuasa Allah SWT,” tulisnya.

Tidak hanya berdiam diri, Abby dilihat membalas hantaran individu itu mengatakan dia tidak pernah menganggu bekas suaminya.

Kata Abby lagi, dia juga tidak pernah meminta pertolongan daripada bekas suaminya mahupun meminjam wang.

“Saya tak pernah ganggu pun hidup dia. Tak pernah minta tolong, tak pernah pinjam satu sen pun. Benda dah lama tapi duit hantaran pun baru bayar. Nafkah kat tangan langsung tak ada.

“Kalau tak bagi nafkah tak apa ke? Kira cerai je, selesai ye? Pasal nafkah kalau tak bagi Allah cakap apa?” katanya.

×