Ben Amir Akui Rapat Dengan Daiyan Trisha
Memenangi Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 (ABPBH33) Jumaat lalu, Ben Amir meluahkan rasa syukur dan berterima kasih di atas ucapan tahniah daripada peminat dan netizen.
Sebelum ini digosipkan dengan Daiyan Trisha, Ben mendedahkan dia turut menerima ucapan istimewa daripada pelakon dan penyanyi itu menerusi panggilan telefon.
BACA: Keluar Makan Berdua, Ben Amir & Daiyan Trisha Bercinta?
“Ini satu penghargaan untuk saya yang sudah lama berlakon. Tapi bagi saya ia adalah satu permulaan kerana banyak lagi watak yang saya inginkan. Daiyan Trisya pun ada ucap tahniah, sweet… dia ada call dan text, ” ujarnya kepada mStar.
Mengulas mengenai gosip kedua mereka dikatakan mempunyai hubungan istimewa, Ben bagaimanapun menafikan perkara itu dan menganggap Daiyan hanya sebagai teman rapat dan rakan seperjuangan dalam industri.
“Kami kawan rapat, kita dalam industri yang sama dan saya pun banyak belajar daripada dia. Buat masa sekarang saya pun masih kenal-kenal je dengan dia. Belum serius bercinta.. kita masih nak kenal antara satu sama lain,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Peminat Ben : Pelakon TV paling popular Berita Harian. Peminat drama tv3 suku: sapa pulak tu????
dah Ben dapat award mesti laa semua perempuan nak rapat. bukan boleh harap, semua jenis materialistik. konon cari pasangan baik padahal nak yang berduit
dah Ben dapat award mesti laa semua perempuan nak rapat. bukan boleh harap, semua jenis materialistik. konon cari pasangan baik padahal nak yang berduit
Ben ni pemalu dia kena build la lg karekter biar lbh menarik. Bkn menarik nafsu bdk2 skola jek tp makcik dan opah2 juga. Baru la kena dgn title sbg pelakon TV popular tu. Ni malu2 kucing cmne org nk panggil jd duta produk mrk?
ben cri la yg asli
Shukri yahya ptut menang….
Ben xde drama kt tv3 tp shukri lamnbakan drama d tv3 sbb tu netizen pertikai siapa lg popular lg pn follower ben x smpai 1m.tp shukri 2.6 m .tp tulakn..bising n popular skalipn klau x undi x mnang
Who is he?
Shukri yahya more deserve!!! Full stop