Ben Amir Akui Dilamun Cinta Dengan Wanita Filipina

Pelakon Ben Amir mengakui hatinya kini sudah dimiliki oleh seorang wanita berasal dari Filipina.

Memetik OhBulan, Ben berkata dia dan wanita tersebut masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing namun belum ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

BACA: Tinggalkan Malaysia, Ben Amir Menetap Di Pulau Siargao Filipina

“Ya betul, wanita tu orang Filipina. Saya dengan dia dah berkenalan selama dua tahun dan masih dalam fasa mengenali hati budi.

“Untuk khabar gembira saya tak tahu lagi, itu semua kena tunggu. Saya serahkan semuanya kepada takdir,” katanya.

Sementara itu, Ben menafikan dakwaan dia berpindah ke Filipina kerana wanita tersebut sebaliknya dia memang sudah lama merancang berhijrah ke Pulau Siargao untuk mencari kehidupan baru.

“Dia bukanlah punca saya berpindah ke Filipina. Sebenarnya saya pun memang dah lama merancang untuk berpindah ke Pulau Siargao, Filipina. 

“Bukan kerana seseorang tetapi saya ingin mencari kehidupan baru. Sebagai seorang lelaki juga, kita perlu meningkatkan diri dari segi kerjaya dan mental,” katanya.

Dalam pada itu, Ben berkata dia dalam proses membuka sebuah restoran serta mengusahakan sebuah vila di pulau tersebut dan melihat ianya cabaran untuk membina kerjaya baru.

“Restoran dan vila tu mungkin akan siap pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan,” katanya.

SUMBER: OhBulan

×