fbpx

Baru sahaja mendirikan rumah tangga dua minggu lalu, penyanyi Haqiem Rusli juga tidak terpelas dengan soalan tentang cahaya mata.

Bagaimanapun, Haqiem berkata dia dan isteri, Anis Sofea merancang keluarga memandangkan mereka masih lagi muda, namun tidak menolak andai diberi rezeki zuriat dalam masa terdekat.

BACA: Nikah Usia Muda, Haqiem Rusli Belum Sedia Nak Timang Anak

“Saya tak menolak rezeki, kalau dah perjalanan hidup saya dan Sofea akan ada cahaya mata dalam masa terdekat kami terima… itu rezeki Allah.

“Tapi untuk masa sekarang bukan kami taknak cuma kami masih nak memantapkan lagi hubungan daripada segi kesefahaman. (Perlu bincang) adakah kami sudah bersedia (timang anak) dalam umur sekarang ni.

“To be honest saya tak bersedia lagi, saya masih buat research macam mana nak jadi suami yang baik, masih cari pengalaman la. belum sedia ada anak dalam usia muda ni,” katanya.

Dalam pada itu, Haqiem berkata dia dan isteri kini dalam proses mengenali antara satu sama lain serta belajar untuk menjadi pasangan yang baik. Haqiem juga akui ianya berbeza selepas bergelar suami apatah lagi perlu memikul tanggungjawab besar.

“Dalam hal berkaitan rumah tangga kami akan bertanya kepada ibu bapa saya dan Sofia, mereka yang membantu mematangkan lagi hubungan kami. Mereka yang lebih berpengalaman dalam rumah tangga.

“Kalau nak bercakap soal perbezaan selepas berkahwin, pada mulanya memang rasa berbeza sebab saya perlu memikul tanggungjawab yang lain. Apa sahaja urusan Sofea saya turut perlu ambil tahu,” katanya.