fbpx

“Belum Masa Untuk Saya Cari Pengganti”

Sepatutnya menyambut Ramadhan tahun ini berdua dengan isteri tapi apakan daya, Sufian Suhaimi enggan mengimbau kenangan silam lagi tapi memahami kadang kala Tuhan tidak berikan yang dikehendaki tetapi apa yang diperlukan.

BACA: Sufian Suhaimi Sudah Tidak Terfikir Mahu Kahwin

“Kalau ikut perancangan tahun ini saya puasa berdua. Persediaan pun telah dibuat tapi apakan daya kita hanya merancang. Waktu ini, saya semakin faham yang kadang-kadang Tuhan tak beri yang kita nak tapi Dia bagi yang kita perlu”

Pada ketika ini, Sufian yang mungkin masih dalam usaha ‘menyembuhkan’ hati, tidak mahu terlalu fokus mencari cinta baru. Jelasnya beliau bukanlah seorang yang senang membenarkan seseorang masuk ke dalam hati.

“Sekarang ini saya bukan dalam fasa mencari tetapi tidak juga menutup pintu hati untuk kembali bercinta lagi. Cuma saya ini jenis yang susah nak membenarkan orang ‘masuk’ dalam hidup ini”

“Yang saya ada saat ini adalah kawan-kawan yang sentiasa menyokong, itu sudah cukup. Tak perlu terburu-buru mencari pasangan, lebih baik kita hargai apa yang orang buat terhadap kita daripada sibuk mencari orang baharu,” katanya.

Tidak mengapalah Sufian juga masih muda, masih banyak lagi masa untuk mencari cinta hati baru. Selalunya kalau mencari memang tidak ada, tetapi bila tidak dicari itulah tiba-tiba muncul. Sabarlah ya Sufian! (rtky/w)