fbpx

Sufian Suhaimi Sudah Tidak Terfikir Mahu Kahwin

Mungkin sudah trauma dengan episod putus tunang, Sufian Suhaimi tidak mahu memikirkan soal ingin berkahwin lagi. Malah katanya, cinta juga bukan fokus utamanya lagi pada tahun ini dan ingin memberi tumpuan kepada kerjaya.

BACA: Peminat Mahu Janna Nick, Sufian Suhaimi Bercinta

“Pada tahun 2018 saya sudah ada beberapa rancangan, dan saya cuba sibukkan diri saya dengan kerjaya. Bagi saya cinta bukan lagi fokus utama saya. Buat masa ini saya tidak fikir dan tiada sasaran pun bila ingin berkahwin,” katanya.

Manakala Sufian yang tampil bersih tanpa jambang, menyifatkan tindakannya bukan kerana move on di atas peristiwa hitam lalu. Tetapi jelas Sufian, beliau hanya ingin berubah angin sempena menyambut hari jadi Febuari lalu.

Terbaru Sufian bukan saja tampil bersih tanpa jambang, malah gayanya yang bersahaja memakai kemeja bunga membuatkan ramai menggelarkannya Oppa Malaysia. Makin laku Sufian ya sejak-sejak single! (rtky/w)