fbpx

Belum Lahir Dah Dapat Dior, Neelofa Terima Hadiah Daripada Anak YDPA

Baru-baru ini perkongsian Insta Story selebriti popular Neelofa menjadi perhatian ramai apabila menerima hadiah barangan bayi daripada jenama mewah Christian Dior.

Menerusi entri tersebut, hadiah berkenaan adalah pemberian YAM Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah, puteri sulung Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

BACA: Lain Macam, Peminat Luah Rasa Rindu Nak Tengok Neelofa Pergi Bercuti

Video dimuat naik Neelofa itu dikongsikan semula akaun TikTok @lofa.world dengan kapsyen,”Baby Lofa belum lahir lagi dah dapat DIOR,” tulisnya.

Dalam video tersebut, Neelofa dilihat sangat teruja menerima hadiah berserta kad ucapan daripada sahabatnya itu. Bagaimanapun, Neelofa dilihat menutup bahagian tertera jantina bayi pada kad ucapan diterimanya itu.

Diruangan komen TikTok tersebut, rata-rata netizen berteka-teki mengenai jantina anak pasangan selebriti popular itu. Malah, ramai yang teruja melihat hadiah diterima serta menganggap ianya sebagai rezeki anak.

Umum mengetahui, sejak beberapa bulan lalu hangat diperkatakan mengenai desas-desus mengatakan Neelofa kini berbadan dua. Bagaimanapun sehingga kini Neelofa masih mengunci mulut mengenai perkara itu.