fbpx

Belum Habis Pantang, Wawa Zainal Redah Banjir Untuk Hulur Bantuan

Jika sebelum ini Wawa Zainal menjadi perhatian ramai apabila berkasut tumit tinggi selepas seminggu bersalin, kali ini pelakon ini meredah banjir pula walaupun belum habis berpantang.

Difahamkan, Wawa yang baru sahaja 24 hari berpatang berkongsikan video di Instagram memaparkan dirinya menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Puchong pada Jumaat lalu.

BACA: Baru 8 Hari Pantang Dah Kerja, Wawa Zainal Dipuji Wanita Hebat

Wawa berkata dia turun padang bagi menyelami perasaan mangsa banjir, malah suaminya, Aeril Zafrel turut merestuinya.

“Saya turun padang sebab mahu merasai pengalaman dan tengok sendiri keadaan masyarakat yang ditimpa banjir.

“Tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan sebab saya masih lagi jaga pantang (selepas bersalin). Malah, suami juga merestui tindakan saya,” katanya.

Dapat melihat sendiri keadaan lokasi yang terlibat banjir, Wawa berkata keadaannya sangat teruk dan segala harta benda rosak.

“Saya tengok sendiri kea­daan rumah penduduk kampung. Mereka memang memerlukan bantuan terutama barang-barang seperti tilam, bantal dan lampin bayi.

“Kalau soal bantuan makanan, mereka sebenarnya sudah ba­nyak menerima bantuan. Saya ada juga beri sumbangan dalam bentuk makanan, tetapi sekarang mereka lebih memerlukan tilam dan bantal,” ujarnya.

Meskipun ramai yang memuji semangatnya, namun ada segelintir netizen meluahkan rasa bimbang dengan kesihatannya yang masih dalam tempoh berpantang.

Dalam pada itu, ada netizen mempersoalkan apa yang pelakon itu cuba buktikan dengan berbuat demikian sedangkan dia mempunyai ramai kakitangan yang boleh turun padang.