fbpx

Baru 8 Hari Pantang Dah Kerja, Wawa Zainal Dipuji Wanita Hebat

Umum mengetahui, pelakon Wawa Zainal baru sahaja melahirkan cahaya mata keempat pada 30 November lalu dan masih dalam tempoh berpantang.

Bagaimanapun, perkongsian pelakon itu menjadi perhatian ramai apabila baru 8 hari berpantang namun sudah berkasut tumit tinggi dan memandu ke ke pejabat urusan di Bandar Baru Bangi, Selangor.

BACA: Wawa Zainal Sengaja Penatkan Suami Jaga Anak Supaya Setuju Tutup Kilang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®? (@w4w4_zainal)

“Hari ke-8 berpantang & singgah pejabat kejap periksa produk mendarat di HQ. Alhamdulillah sambutan luar biasa, yela pelanggan dah lama sangat ternanti nanti,” tulisnya.

Menerusi video tersebut, turut memaparkan pelakon itu memeriksa stok produk yang baharu serta bertemu dengan kakitangan serta rakan perniagaannya.

Perkongsian Wawa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pelakon itu seorang wanita yang hebat apabila tetap aktif meksipun dalam tempoh berpantang.

Bagaimanapun, ada yang menegur tindakan Wawa yang dikatakan tidak menjaga pantang dan boleh memberi kesan apabila sudah tua nanti.

Wawa mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aeril Zafrel pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya kini berusia setahun.