fbpx

Belum Habis Pantang, Peminat Risau Emma Maembong Keluar Berjalan

Selamat melahirkan cahaya mata sulung lelaki pada 8 November lalu, perkongsian terbaru Emma Maembong menjadi perhatian ramai apabila memuat naik foto di kedai makan bersama seorang rakan baiknya.

Foto tersebut sekaligus mengundang rasa kurang senang di kalangan peminat dan netizen yang bimbang apabila melihat pelakon itu sudah keluar berjalan sedangkan masih lagi dalam tempoh berpantang.

BACA: Mata Kelabu Anak Emma Maembong Jadi Perhatian

Diruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa bimbang dan menegur tindakan Emma yang boleh memudaratkan kesihatan. Kata netizen, Emma sepatutnya berpantang 44 hari dan berharap gambar itu hanya sekadar ‘throwback’.

Apa pun diharap Emma selamat menjalani proses berpantang dan menjaga kesihatan dengan baik. Netizen pun hanya memberi teguran kerana mereka mengambil berat.