fbpx

Belum Ditayangkan Lagi, Filem Rumah Madu Ku Berhantu Dikutuk

Rakyat Malaysia sering disaran untuk menyokong industri seni serta menonton filem terbitan tempatan yang ditayangkan di pawagam.

Namun, baru-baru ini tular poster filem Rumah Madu Ku Berhantu yang menerima kritikan netizen meskipun filem berkenaan belum ditayangkan lagi.

BACA: Cipta Sejarah! Filem Dayak Menang Anugerah Di Karnival Filem Dunia

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen kecewa dengan kualiti filem Melayu yang seolah-olah sama sahaja serta tiada perubahan ke arah lebih baik.

Malah, netizen turut mengkritik poster berkenaan yang didakwa dibuat secara ala kadar dan kelihatan murahan sehinggakan ada yang mengatakan tidak ada selera melihat poster filem berkenaan.

Filem Rumah Maduku Berhantu merupakan naskah terbaru arahan Dato Prof Dr A. Razak Haji Mohaideen dibintangi Zizan Razak, Rita Rudaini, Nadia Brian, Saiful Apek dan ramai lagi.