Belum Bertudung, Didie Alias Dikritik Peminat

Tidak sangka pula kami, oleh kerana belum bertudung, pelakon dan juga pengacara Didie Alias mengakui dia pernah menerima kritikan dan komen negatif daripada peminat di laman sosial.

BACA: 15 Tahun Tak Hamil, Didie Alias Kekok Pegang Bayi

Menurut Didie, dia tidak akan berhijab semata-mata untuk menutup mulut dan memuaskan kehendak orang lain sebaliknya menegaskan perkara itu perlu datang daripada keikhlasan diri sendiri.

“Memang ramai bercakap mengenai perkara ini selain turut menerima kritikan dan komen negatif daripada peminat tetapi saya tidak boleh hendak menutup mulut orang lain. Bagi saya berhijab atau tidak bergantung kepada niat dan keihklasan kita dalam melakukan sesuatu perkara”

“Kerana kalau tidak ikhlas dan sekadar memenuhi kehendak orang lain, memang tidak boleh,” katanya kepada mStar Online selain berharap peminat dan masyarakat mendoakan agar dia mendapat hidayah untuk memakai tudung suatu hari nanti. (rtky/s)

×