fbpx

“Belum Ada Rezeki Kami Timang Anak”

Menjawab persoalan zuriat, Marsha memberitahu mereka sudah membuat pemeriksaan perubatan dan semuanya baik sahaja dan mungkin rezeki belum tiba lagi. Bagaimanapun Marsha tidak tertekan dan menanti dengan sabar.

BACA: Marsha Akui Takut Untuk Tunaikan Umrah

“Anak? Doa-doakanlah, kita pun memang cuba sedaya upaya. Saya pun ada buat check up dan doktor pun kata semua okey saja, cuma masih belum ada rezeki lagi. Mungkin Allah, suruh rapatkan silaturrahim dengan suami, sebelum ada orang ketiga nanti”

Mungkin ramai yang tidak tahu Marsha dan suami tinggal serumah dengan keluarga mertua kerana suami yang jenis sukakan rumah yang riuh rendah. Patutlah Marsha tidak rasa kesunyian.

“Lagipun, saya dan suami duduk dengan keluarga mertua. Jadi, rumah pun agak riuh. Alhamdulillah, my in law pula jenis yang sempoi dan selamba. Pindah? Mungkin tak kot. Lagipun, suami saya jenis yang family-oriented. Nanti, kalau dah duduk sendiri, bosan pula”

“Lagipun, banyak kelebihan bila duduk dengan keluarga mertua. Contohnya, saya bersyukur kerana keluarga mertua banyak memberi tunjuk ajar ketika saya menunaikan umrah tempoh hari,” katanya kepada Sinar Harian.

Kadang-kala penat juga ingin menjawab persoalan mengenai zuriat ini, sebab ianya agak sensitif untuk ditanya apalagi kepada pasangan yang sudah berumah tangga lama. Apapun semoga Marsha cepat diberikan rezeki zuriat. (rtky/w)