"Nazim Othman Lelaki Terbaik Untuk Saya"
Ramai peminat dunia hiburan dan termasuk kami juga suka melihat pasangan Nazim Othman dan Bella Dally ini, dari zaman bercinta sehinggalah bakal melangsungkan perkahwinan kelak, bersih sahaja kisah mereka berdua. Sejuk mata memandang, heh.
Pasangan yang bertunang pada November 2015 ini sehingga hari ini masih belum mendedahkan tarikh perkahwinan mereka namun masing masing mengakui yang kini mereka sedang guat melakukan persiapan untuk hari bahagia mereka.
BACA: Nazim Othman, Bella Dally Rancang Nikah Tahun Ini
Bella Dally dalam temubual bersama Utusan Malaysia berkata yang beliau tidak terlalu memikirkan soal tajaan perkahwinan seperti mana selebriti lain kerana mahukan majlis perkahwinan yang paling ringkas untuk dirinya dan Nazim Othman.
“Janganlah bandingkan majlis saya kelak dengan artis lain kerana setiap orang ada cita rasa masing-masing. Soal tajaan buat masa ini masih belum ada lagi, tetapi saya tidak fikirkan soal itu sangat,” jelas Bella Dally ringkas.
Dalam temubual sama, Bella Dally turut berkata yang Nazim Othman mempunyai ciri ciri lelaki idamannya selain sikap tegas pelakon lelaki itu membuatkan dirinya terasa selamat dan percaya mampu membentuk dirinya menjadi lebih baik.
“Dia mempunyai ciri-ciri seorang suami yang saya idam, selain mempunyai sikap yang penyayang, Nazim juga sebenarnya adalah seorang yang tegas. Jadi saya suka dengan sikap dia, sebabnya dengan rasa selamat itu saya percaya dia mampu membentuk saya,” tambahnya. (rtky/m)
amin
tahniah…semoga kekal hingga ke jannah
Semoga kekal hingga anak cucu.
Usaha berterusan, tangga kejayaan
Jom klik. : http://goo.gl/xTn29f
Ni antara couple yg aku rase ok dan tak meluat tengok… tak over n relax2 je..semoga bahagia smpai syurga..amin..
couple ni cinta mereka kukuh. Moga perkahwinan mereka mendapat tajaan seperti pasanagn lain sebab mereka berdua amat di senangi oleh para peminat dan penonton sekalian.
Semoga bahagia…
Suka tengok diorang digandingkan bersama-sama dalam drama … Couple relax , cool , tidak terlalu menunjuk … Tumpang Happy tengok mereka berdua !
(^_^)
Nazim ni betul ke suka perempuan??? Macam tak je..Oooppss
Tak habis-habis buruk sangka dengan Orang … Kalau tak suka,Tak adanya diorang sah jadi Tunang …Dah ikat tali pertunangan mereka dan keluarga kedua belah pihak !! Positif sikit dalam berfikir boleh takkk ??? Special to Che Ton ;)
Macam tu la lebih kurang
suka tengok majlis perkahwinan stacy dan akim di tv… meriah dan sungguh muhibbah…with the true malaysian spirit of gaiety, culturul understanding and togetherness. Stacy org sabahan sama macam Bella Dally…congrats.
jika pernikahan itu kelak mmpu mnjadikan mereka brdua mnusia atau lebih spesifik, org islam yg lebih baik, apa masalahnya. semoga urusam mereka berdua dipetmudahkan dan akan berkekalan hingga jannah
Eee apesal cakap negatif niiii. Dia org kawan low profile biarlah. Bella 21 tahun masa baru jumpa nazim. Kata nazim, biar bella lebih matang dulu. Now is the right time. He said.