fbpx

Pelakon Bella Astillah menafikan spekulasi mendakwa bahawa dia sendiri membuat perancangan tangkapan suaminya Aliff Aziz dan Ruhainies di sebuah kondominium baru-baru ini.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Bella berkata dia mangakui terkejut dan takkan tergamak melakukan sedemikian apatah lagi terhadap Ruhainies yang dianggapkan sebagai rakan baik.

BACA: Ruhainies Sedia Berbincang Dengan Bella Astillah

“Kenapa saya nak rancang macam itu? Saya sendiri pun terkejut. Semua tahu saya baik dengan pelakon wanita terbabit itu (Ruhainies). Sebenarnya boleh periksa dekat pihak Jawi,” katanya.

Sementara itu Bella mendedahkan dia pernah dihubungi seseorang yang ingin memberi maklumat mengenai Aliff namun dia terlalu sibuk sebelum ini.

“Saya dah berjumpa dan ambil nombor telefon dia. Dia sudah lama nak cari dan hubungi saya, tapi saya yang tak berkesempatan sebab terlalu sibuk,” katanya.

Dalam pada itu, Bella berkata dia kini mahu terus memandang ke hadapan serta enggan ambil peduli dengan kata-kata netizen.

“Tak boleh nak cakap apa sebab benda ini sudah terjadi. Sekarang ini saya fokus untuk ‘move on’ saja,” katanya.

SUMBER: Harian Metro