fbpx

Bella Astillah Takut Gosip Aliff Aziz Curang Jadi Satu Doa

Baru-baru ini tular video di media sosial memaparkan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz sedang berhibur di kelab malam menjadi bualan ramai.

Bagaimanapun, rakan artis pelakon Shahidan Izwan tampil mempertahankan Aliff bahawa video itu dirakam ketika mereka sedang menjalani penggambaran sebuah drama.

BACA: Video Aliff Aziz Di Kelab Malam Hanya Lakonan, Minum Air Berkarbonat

Memetik Kosmo, isteri kepada penyanyi itu iaitu Bella Astillah mengakui bimbang jika gosip kecurangan Aliff diperkatakan itu bertukar menjadi satu doa.

“Bila ada orang cakap benda tak baik tentang Aliff, saya takut semua itu menjadi satu doa. Saya sangat berharap tiada percakapan yang tidak baik diberikan terhadapnya.

“Aliff sedang berubah menjadi insan yang lebih baik begitu juga saya. Sebaik-baiknya berilah dia semangat,” katanya.

Bella mengakui gosip liar mengenai rumah tangganya turut memberi impak kepada keluarga mereka di Sabah dan Singapura, malah kecewa ada pihak memanipulasi beberapa video dan foto lama miliknya.

“Saya faham ada segelintir pihak yang prihatin terhadap saya dan ambil tahu serta risau saya disakiti. Saya hargai semua yang mesej beri kata-kata semangat menerusi Direct Message (DM).

“Namun, saya kecewa apabila muncul perkara yang tidak benar dan disebarkan dalam Facebook dan semua itu dibaca oleh keluarga kami di Sabah serta Singapura.

“Saya tidak marah tapi harap menjadi iktibar buat semua. Saya kasihan pada keluarga kerana ramai bertanya pada mereka sedangkan cerita itu tak benar,” katanya.

Dalam pada itu, Bella mengakui gosip terpalit rumah tanggnya itu memberikan kesan pada persembahannya yang kini bertanding di program Famili Duo, namun menganggap ianya satu ujian.

“Ya, memang beri kesan tetapi inilah yang orang kata dugaan rumah tangga dalam bidang seni. Saya pun masih mentah dalam hubungan rumah tangga tetapi anggap semua ini sebagai satu ujian.

“Tiada rumah tangga yang sempurna dan kami pun sudah berbincang serta akan ikut apa sahaja aturan Tuhan selepas ini,” katanya.