fbpx

Hangat diperkatakan mengenai pendedahan wanita bernama Sarah Yasmine yang mengaku dirinya kekasih Aliff Aziz, penyanyi dan pelakon Bella Astillah berkata dia tidak terkejut mengenai perkara itu.

Memetik mStar Online, Bella berkata dia memang sudah tahu mengenai hubungan Aliff dengan wanita itu sebelum ini dan Sarah merupakan salah seorang daripada 11 wanita yang mempunyai hubungan dengan suaminya.

BACA: Netizen Minta Bella Astillah Buat ‘Medical Check Up’ Lepas Aliff Aziz Kantoi Banyak Kali

“Saya pernah cakap sebelum ini ada letak alat perakam dalam kereta. Jadi saya tak terkejut. Saya dah tahu tentang hubungan dengan Sarah.

“Saya pun juga pernah dedahkan Aliff ada hubungan dengan 11 wanita lain. Sarah antara salah seorang. Cuma agak sedikit terkejut bila mendapat tahu secara terperinci hubungan mereka,” katanya.

Sementara itu, Bella berkata dia juga sudah bertemu dengan Sarah selepas wanita itu ada menghubunginya dan ajak berjumpa.

“Dia yang nak sangat berjumpa saya. Kami bertemu minggu lalu di Kuala Lumpur. Saya pun dah follor Instagram dia. Bukan mahu menyokong apa yang dia lakukan tapi dia bercakap benar,” katanya.

Dalam pada itu, Bella berkata pendedahan wanita itu juga boleh dijadikan bahan bukti untuk dibawa ke mahkamah bagi tuntutan cerai terhadap Aliff.

“Betullah orang kata, ada hikmah bersabar. Pendedahan Sarah ini juga akan dibawa ke mahkamah. Saya hanya harap dapat selesaikan perkara ini dengan segera. Saya rasa lega ada bukti sebegini. Dapat membantu kes mahkamah,” katanya.

SUMBER: mStar Online