fbpx

Bella Astillah Tak Tahu Pasal Pendedahan Kekasih Gelap Aliff Aziz

Pelakon Bella Astilah tidak tahu mengenai kewujudan wanita bernama Sarah Yasmine yang mengaku kekasih kepada suaminya, Aliff Aziz.

Memetik Oh Bulan, ibu Bella berkata anaknya tidak tahu mengenai isu tersebut termasuk pendedahan yang dibuat wanita berkenaan kerana sibuk dengan penggambaran.

BACA: “Perempuan Kalau Cinta, Cinta Mati” – Bella Astillah

“Isu apa itu? Dia (Bella) tidak tahu apa-apa fasal itu (pendedahan kekasih Aliff Aziz). Dia tengah shooting,” katanya.

Difahamkan, usaha mendapatkan kenyataan Bella tidak berjaya apabila penggilan telefon tidak berjawab.

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila seorang wanita mendedahkan dirinya kekasih Aliff sejak Januari lalu. Menurut Sarah, dia membuat pendedahan tersebut selepas melihat Aliff dikecam teruk susulan kontroversi ditangkap khalwat dengan Ruhainies.

SUMBER: Oh Bulan