Timbul dakwaan sudah mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, penyanyi dan pelakon Bella Astillah enggan mengulas lanjut.
Memetik Oh Bulan, Bella tidak mengiyakan mahupun menidakkan dakwaan berkenaan sebaliknya dia hanya mahu memberi fokus pada anak-anak.
BACA: “Bella Astillah Memandu Kereta Macam ‘’” – Syed Saddiq
“Astaghfirullahalazim, sekarang fokus saya untuk anak-anak. Apa-apa nanti saya beritahu,” katanya.
Sementara itu, Syed Saddiq berkata dia tidak mahu menjaja kisah peribadi daj memberi fokus pada kerjaya serta meminta mendoakan yang baik-baik.
“Apa yang dikatakan oleh Bella, saya kekalkan jawapan itu. Doakan yang baik-baik.
LDalam bab masa depan dan isu peribadi, saya rasa lebih baik dikekalkan skop keluarga supaya kami berdua dapat fokus dalam kerjaya masing-masing,” katanya.
SUMBER: Oh Bulan