Pelakon dan penyanyi Bella Astillah menafikan dakwaan mengatakan dirinya insecure susulan dia dilihat seperti tidak mempercayai suaminya, Aliff Aziz yang pernah terpalit kontroversi sebelum ini.
Memetik mStar Online, Bella berkata dia kini lebih matang serta mahukan yang terbaik buat keluarganya.
BACA: “Kenapa Harus Jaga Hati Pihak Sana? – Bella Astillah Sindir Aliff Aziz
“Saya dah tak ada rasa insecure sebab sudah lebih dewasa. Kalau tiada kepercayaan, saya sudah tidak ada dengan Aliff. Saya percaya dia sebab itu bagi peluang kedua,” katanya.
Dalam pada itu, Bella turut memohon maaf jika kenyataannya berkenaan pelakon Sophia Albarakbah yang hadir ke konsert GV membuatkan netizen kurang senang.
“Saya nak minta maaf kalau hantaran Bella sebelum ini buat orang lain kurang senang, anggap saya kurang matang.
“Saya cuma harap yang terbaik sahaja. Kalau boleh saya dah tak mahu sedih-sedih lagi. Saya pentingkan positif dalam kehidupan. Itu yang saya buat sekarang,” katanya.