Penyanyi Bella Astillah menangis terharu dengan kejayaan anak sulungnya, Ayden Adrean yang berjaya menamatkan renangan 400 meter di laut dalam Langkawi Swim Fest di Tanjung Rhu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Bella berkongsikan anaknya hanya berlatih dalam masa seminggu dan dia mengakui bimbang namun ternyata anakya berjaya elakukan renangan 400 meter dengan catatat 16.21s.

BACA: “Bella Astillah Memandu Kereta Macam ‘Puaka’” – Syed Saddiq

“My son’s first ever swimming competition 400 meters in the sea with just over a week of training, memang sangat takut sampai tak terkeluar suara (air mata yang keluar). 

“Saya tidak tahu sama ada dia boleh melakukannya… tetapi dia melakukannya. Dia berenang dengan sepenuh hati dan berjaya sampai ke penamat,” katanya.

Sementara itu, Bella berkata melihat anaknya berada di laut membuatkan dirinya sanga takut namun melihatkan kejayaan anaknya membuatkan mereka sekeluarga menangis kegembiraan.

“Sebagai seorang yang tidak boleh berenang (kerana trauma dan ingatan gelap), melihat anak saya di laut terasa seperti jantung saya berada di luar badan. Tetapi dia berani, kuat, dan tegas. Dan dia menyelesaikannya!! Saya menangis, dan satu keluarga juga menangis kerana dia berjaya. My strong baby Ayde,” katanya.

×