fbpx

Bella Astillah Harap Rumah Tangga Kekal Aman

Selepas episod duka lara akibat rumah tangga diganggu pihak ketiga sebulan lalu, Bella Astillah sanggup memberikan peluang dan kepercayaan kedua terhadap suaminya, Aliff Aziz. Malah dalam masa yang sama, Bella percaya apa yang terjadi merupakan ujian buat pasangan yang bergelar suami isteri.

BACA: Video Bella Lahirkan Anak Sulung Sentuh Hati Peminat

“Inilah ujian Tuhan buat saya dan Aliff. Kami sendiri sentiasa saling mengingatkan, ujian akan terus diberikan Yang Maha Kuasa buat hamba-Nya. Kita takkan tahu ujian apa pula yang akan datang selepas ini. Apa yang kami lalui sebelum ini sangat besar. Ia ujian buat saya sebagai isteri yang baru bergelar ibu, bukan sebagai kekasih”

“Saya dan Aliff bagaimanapun tidak mahu terus larut dengan apa yang terjadi. Kita harus berfikir ke depan dengan matang. Ragu? Aliff bukan budak kecil lagi. Tiada guna untuk saya terus statik dengan perasaan begitu. Saya memberikannya kepercayaan baharu dan peluang kedua. Menjadi harapan saya agar insiden sebelum ini takkan terjadi lagi”

Sebelum ini, kecoh sebentar industri hiburan apabila Aliff ‘ditangkap’ sendiri oleh isterinya berduaan di pusat karaoke bersama teman gandingannya dalam drama Izinkan Aku Mencintamu, Afifah Nasir. Oleh disebabkan pergelutan berlaku diantara mereka sehingga Bella tercedera, Aliff dibawa ke balai polis.

“Selebihnya, saya serahkan hubungan kami ini kepada Yang Maha Esa. Moga ikatan perkahwinan kami akan sampai ke jannah, insya-Allah. Doa saja yang terbaik untuk kami berdua,” jelasnya kepada Berita Harian Online berhubung dengan perkara tersebut.

Rentetan kejadian itu, pelbagai drama tercetus apabila Anzalna Nasir mula masuk campur mempertahankan adiknya sehingga menggelarkan Bella meroyan. Tidak terhenti setakat itu, Afifah dan Aliff pula berdebat sakan mempertahankan diri sehingga mengheret pihak produksi. (rtky/w)