fbpx

Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Minta Cerai Sebelum Ditangkap Khalwat

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan suaminya, Aliff Aziz meluahkan hasrat untuk bercerai secara baik pada 14 Februari lalu.

Memetik Oh Bulan, Bella berkata dia mengakui terkejut dengan permintaan suaminya itu sedangkan rumah tangga mereka harmoni, malah Aliff berkata dia sudah tiada perasaan.

BACA: Bella Astillah Ada Bukti Perbualan Tak Senonoh Aliff Aziz & Ruhainies

“Pada 14 Februari, Aliff minta cerai dan dia kata sudah tiada perasaan, sudah tak rasa apa-apa. Masa itu pelik kenapa tiba-tiba nak minta cerai… tiada ribut tiada angin tapi Aliff kata Allah bagi perasaan itu,” katanya.

Bagaimanapun, Bella tidak mahu bercerai serta turut merayu kepada Aliff untuk tidak berbuat demikian demi anak-anak mereka. Bella berkata Aliff memberitahu mahu bercerai pada 31 Mac yang lalu.

“Saya merayu dengan dia supaya kesian pada anak-anak. Saya pujuk Aliff siap hantar video, tapi dia kata dia sudah tak rasa apa-apa pun. Dia cakap nak cerai pada 31 Mac dimana selepas habis penggambaran drama Jerat,” katanya.

Daam pada itu, Bella berkata sepanjang tempoh menunggu itu dia cuba mencari petunjuk dariapada Allah namun dikejutkan dengan berita suaminya ditangkap khalwat bersama Ruhainies pada 9 Mac lalu.

“Sepanjang saya menunggu dia nak ceraikan saya itu, saya melalui hari-hari itu macam tiada semangat. Saya terfikir, kenapa saya nak kena cerai dengan tiba-tiba?

“Sebab itu saya solat istiqarah dan sebelum dia nak ceraikan saya Allah tunjukkan dengan kes khalwat. Jadi, inilah jawapannya,” katanya.

SUMBER: Oh Bulan