fbpx

Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Curang Dengan Adiknya Sendiri

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan suaminya, Aliff Aziz pernah berlaku curang terhadapnya sebanyak 11 kali termasuk dengan adik kandungnya.

Memetik BH Online, Bella berkata dia turut mempunyai bukti kecurangan suaminya itu. Malah, disebabkan dia terlalu sayangkan suaminya dia sanggup membuang keluarga sendiri.

BACA: Bella Astillah Jalin Hubungan Dengan Muaz Untuk Buat Aliff Cemburu

“Selepas Aliff ditangkap khalwat saya tak bagi apa-apa kenyataan sebab saya sendiri terkejut walaupun ada yang fitnah kata saya yang perangkap.

“Anda rasa saya ada tenaga nak buat semua itu? Jujurnya, saya tak suka orang tanya mengenai saya balik Sabah atau tidak. Sebab saya ada sesuatu untuk dikongsikan, jujurnya saya sudah tiada keluarga di Sabah.

“Seperti diketahui ramai, saya sebenarnya ada tiga adik-beradik perempuan. Aliff pernah curang dengan adik saya. Punyalah saya sayang pada Aliff, sampaikan saya buang keluarga saya sendiri. Allahuakbar.

“Saya tak pernah dedah mengenai perkara ini, tetapi saya terpaksa sebab orang yang saya sanjung seperti keluarga mentua pun tak sangka berpaling tadah,” katanya.

Menurut Bella,, Aliff dan adiknya bertukar mesej meminta hubungan mereka dipermudahkan ketika dirinya dan Aliff mengerjakan ibadah umrah pada 2022.

“Sebenarnya, ada mesej kononnya minta doakan hubungan mereka ketika kami mengerjakan umrah. Adik saya juga pernah temankan Aliff ke Gegar Vaganza.

“Allah, saya sakit dada nak cerita. Inilah rahsia saya dan keluarga simpan sebaik-baiknya. Soal adik memang kesilapan sangat besar. Kami sekeluarga sudah tidak balik ke kampung. Terpaling teruk dan saya kesali, saya buang adik, tak buang Aliff,” katanya.

SUMBER: BH Online