Bella Astillah Bengang Aliff Aziz Dikutuk Dalam GV8
Menduduki tangga kedua pada konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza semalam, ada segelintir netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan penyanyi Aliff Aziz di laman Twitter.
Kata netizen Aliff adalah peserta kegemaran Astro kerana sering mendapat lagu yang mudah. Komen netizen itu mendapat perhatian Bella Astillah yang tampil membidas semula.
BACA: Markah Tertinggi Lagi Di GV8, Netizen Kata Aliff Aziz Bakal Juara
“Selalu cakap Aliff ni kegemaran Astro? Sebab tu dapat lagu senang? Heyy ‘come on’, sepatutnya kita yang rasa risau sebab ada beberapa peserta dapat lagu menarik. Kalau Aliff ni kegemaran, patutnya Aliff dapat lagu hebat kan?” tulisnya.
Sementara itu, komen seorang netizen ini turut menjadi perhatian ramai apabila menyifatkan persembahan Aliff semalam kosong.
“Yes suara Aliff Aziz memang sedap. Masa awal persembahan memang suka dengar. Tapi persembahan dia kosong. Bak kata Tok Ram (Datuk Ramli MS) where is the dynamic?” komen pengguna akaun Twitter.
Dalam pada itu, Bella meminta supaya tidak hanya pandai mengutuk saja serta mempersoalkan kepada mereka yang tidak sukakan Aliff apa yang mereka mahukan sebenarnya.
“Pada yang terlalu tak suka Aliff tu, korang (anda) nak macam mana sebenarnya? Excuse me?! Awak tengok tak persembahan tu? Aliff menari. Awak fikir senang ke nak menari sambil menyanyi?
“Perempuan ni biasanya menari tiada masalah. Tapi macam Aliff dia jangan kata menari tapi TikTok pun tak jadi sebab dia tak reti. Jadi tolong! Jangan tahu nak ‘condemn’ saja. Cuba awak nyanyi lagu Afgan tu,” tulisnya.
Semalam, Aliff menyanyikan lagu Pesan Cinta nyanyian asal Afgan berada di kedudukan kedua selepas mendapat markah keseluruhan 71.90 peratus.
- SUMBER
- Harian Metro
terima kutukan dn pujian dgn berlapang dada..
knp dia yg sentap?
dia yg bertanding ke?
melebih2 plak
dh kalau ko rasa Aliff nyanyi sdp sgt, suh dia buat persembahan kt rmh je! biar ko sorg je dgr sbb org len semua x suka dgr
Chill sista! Komen Dato M Nasir tu betul.
He can sing but the key is a bit low for him..thats all. Or else he sounded much more betta.
Choices of songs..u olls nak soh die experiment genre ape lagi? Sabar laa ok..the heat is coming soon.
Biasa yang kutuk di knowledge music pun zero.
level dafi je dia nyanyi
Ok aper? Kurang2 Alif respect lagu asal Afgan. Xde lah nak membudu kan lagu bonda Hetty. Dah jadik tukang karut atas pentas dah knaper kakak tu? Lain drp lain?
Mmg out x best. Minggu dpn lagu Bollywood nak diolah camner eh?
Kelainan bole tp jgnlah menjahanamkan lagu penyanyi asal.
Kalau low tone, Aliff ni tak boleh bawak, suara nya seakan berbisik-bisik. Bini kenapa sentap, nama pertandingan orang akan kata itu ini, betul tak?
Yg susun muzik tu bukannya kak deeb or abam alep. Bukan tok ram tu ke pengarah muzik gegarvaganza? Atau ada org lain yg susun?. Awat peserta yg kne tahan telinga lagu x sedap x sesuai x bagus bla bla bla… Peserta lemah low tone ko bg yg lowest tone buatpe? Sama mcm ko suruh gajah beradu tenaga memanjat pokok kelapa. Get it?
Thn 2022 nak ckp yg baik2 je agar baik berbalek pada aku… AMIIN kata2 yg diucapkn adalah satu.doa..
Aku rasa aliff ada dlm GV tu utk rating je. Talent dia mebi kt berlakon. Kt menyanyi suam2 je. Kalau masuk akim & majistret /azlan & typewriter, alif ni bleh bungkus awal
Np ngade sgt bininye yg pendek tu..